Pertanian adalah satu cabang perniagaan, dan memang menguntungkan.Ramai usahawan-usahawan pertanian telah berjaya dan memperolehi pendapatan yang lumayan dengan hasil pertanian yang dilaksanakan. Sekiranya anda teruja dengan kejayaan para usahawan pertanian yang telah berjaya, mungkin ada terdetik dihati ingin mencuba terutama sekali dalam keadaan ekonomi yang sedang merudum.
Tambahan pula dengan sektor industri yang mula membuang pekerja, jika dapat wang VSS boleh juga digunakan untuk kegiatan pertanian. Tetapi sebelum gelap mata untuk membelanjakan wang skim VSS untuk menjalankan projek pertanian, adalah sebaiknya berfikir , belajar dan buat kaji selidik dahulu sebelum terjun supaya tidak jadi seperti si luncai terjun bersama labu-labunya.
Bukan sahaja perlu buat kaji selidik tentang tanaman pertanian tetapi tentang pengurusan wang, cash flow juga amat penting kerana tanpa pengurusan wang yang betul wang yang banyak boleh habis begitu saja umpama menanam wang. Ini kerana pertanian bukanlah kerja yang mudah ia memerlukan pengorbanan wang, tenaga dan masa. Tetapi jika sekadar buat pertanian di belakang rumah itu tidak menjadi soal samada untung atau rugi.
Sebelum memulakan pastikan dahulu dalam diri ada minat yang mendalam, jika sekadar untuk mencuba nasib elok dibelanjakan wang ke tempat lain yang boleh memberi manfaat. Kecuali anda mencuba mencari pendapatan melalui internet, ia boleh dicuba bila-bila masa sahaja kerana risiko rendah tanpa menunggu wang skim VSS anda boleh memulakannya. Tulisan ini bukan untuk mematahkan semangat untuk menjadi usahawan tani tetapi jadikan ia sebagai panduan untuk menjadi lebih berhati-hati serta cari sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan untuk memastikan usaha yang bakal dilaksanakan tidak menjadi sia-sia.


5 comments ↓
utk tanam,buat makan ptg2,it’s ok..utk kormersial..hati2 melabur..dont burn the spirit.
@paritsatu - Benar apa yang anda kata, sebelum melabur ada baiknya berhati-hati, kaji selidik amat penting dan selainnya apa yang telah dinyatakan pada post di atas.
pengurusan wang.tapi mana sudah tips yang di war-warkan….tips yang saya mahu bukan omong-omong kosong
@saitoinperak-boleh hubungi saya melalui contact form, nyatakan dengan detail tentang pengurusan wang yang berkaitan, samada untuk perniagaan dan nyatakan apakah perniagaan yang mahu dilakukan atau pengurusan wang untuk kehidupan harian
dapat pinjaman dari Fama: Father and Mama,
buat projek taugeh….buli dapat balik wang jualan dalam masa yang singkat dan boleh teruskan projek sampai pencen..
Leave a Comment